Pada 23 – 24 Disember 2009, latihan system RFID dijalankan di Perpustakaan UDM. Seramai 19 orang staf Perpustakaan dari pelbagai bahagian telah turut serta di dalam sesi penerangan dan latihan Sistem RFID (Radio Frequency Indentification). Staf dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan sesi latihan. 12 orang staf dibahagikan untuk ‘End User Training’ manakala 7 orang staf untuk ‘Administrator Training’.
Jurutera Sistem dari Syarikat Wavex Technologies Pte Ltd, En. Saif Saad Abdul Amir memberikan penerangan ringkas berkenaan penggunaan setiap komponen RFID (Selfcheck, Bookdrop, Staff Workstation dll) dan seterusnya sesi hands-on untuk setiap staf dijalankan. Staf yang terlibat, dibenarkan untuk mencuba menggunakan setiap komponen-komponen tersebut.
No comments:
Post a Comment